Saturday, 21 May 2016

RAMADHAN

ramadhan akan tibaa

dan aku sangat2 menanti nantikan ramadhan
bulan yang menenangkan hati aku
bulan yang sentiasa mengingatkn aku
bahawa Allah itu Maha Agung atas segala sesuatu

bagi aku,ramadhan adalah bulan penuh dengan ketenangan,
walau sesusah sekalipun hari aku,
asalkan hari itu dalam bulan ramadhan,aku rasa aku tenang.
sebab aku sentiasa ingatkan Allah lebih dari segalanya.

aku harap setiap bulan adalah bulan ramadhan,
sebab orang yang xbaik pun akan cuba jadi baik,
sebab orang akan hormat bulan ramadhan.
dan aku tergolong dalam kalangan orang2 itu kadang2.
alangkah indahnya kalau setiap orang jadi baik?
tetapi manusia tetap manusia,penuh dengan kejahilan.

aku rindu setiap kali azan berkumandang,
azan waktu ramadhan sekalipun dengar dalam radio,
sangat menyentuh hati aku.
mungkin sebab aku rasa aku banyak silap,
dan aku rasa ramadhan dapat bukak pintu2 keampunan dengan luas 
untuk aku pohon keampunan dengan seihkhlas hati aku. 

ramadhan takmacam bulan yang lain,
ramadhan sangat istimewa,
tak terkata perasaan aku kalau ramadhan tiba.
moga aku mampu merasa nikmat ramadhan selama mungkin insyaALLAH :)


No comments:

Post a Comment