Monday, 9 May 2016

BERSAMA

Bila bertiga, janganlah kau lebihkan yang satu dari yang lain.
jangan kau biarkan yang seorang jauh tertinggal dibelakang
jangan sama sekali kau membezakan setiap seorang.

kerana setiap seorang punyai keistimewaan,
yang mungkin kau tidak nampak.
maka,kau biarkan seorang tertinggal tanpa kau tahu,
peritnya ditinggalkan seorang apabila BERTIGA.

Begitu juga bila BERDUA,
jangan kau biarkan wujudnya kesunyian bila berdua,
kerana akan wujud orang ketiga,
yang memusnahkan hubungan dengan liciknya,
seperti mana wujudnya syaitan dan iblis,
yang menghasut manusia ke arah kemungkaran.

Namun,janganlah kau biarkan seorang itu kekal SEORANG,
kerana tanpa ajaran dan pimpinan,
maka sesatlah seorang itu ke arah yang jauh lebih
dahsyat dari peritnya ditinggalkan berdua dan bertiga.

maka, eratkanlah seorang serta yang dua lainnya dengan ketiga tersebut
supaya semua dapat merasakan nilai persahabatan yang sama.
mungkin wujudnya perbezaan tapi akan sentiasa ada sokongan antara satu dengan
yang lain bila kita BERSAMA :)

# I MISS THE OLD DAYSS



No comments:

Post a Comment